Baltimore, Amerika Syarikat: Bekas pemain gitar utama kumpulan heavy metal Danzig, John Wolfgang Knoll atau lebih dikenali sebagai John Christ meninggal dunia pada usia 61 tahun pada Ahad.
Memetik laporan Loudwire, berita kematian mendiang dikongsi menerusi satu hantaran di Instagram pemuzik itu, malam kelmarin dengan mesej menzahirkan rasa sedih atas kehilangan pemain gitar ini:
"Sahabat semua, dengan hati yang berat, kami ingin memaklumkan pemergian John Christ pada 15 November 2026.
"Tiada upacara dirancang dan kami memohon agar semua pihak menghormati privasi keluarga buat masa ini. John menyayangi anda semua."









