Los Angeles: Era Mauricio Pochettino sebagai pengendali Amerika Syarikat berakhir dengan kemenangan mudah 2-0 ke atas Haiti, diserikan jaringan akrobatik Christian Pulisic sebelum beliau memulakan tugas baharu bersama Manchester United.
Pemain remaja, Julian Hall turut menambah gol kelimanya dalam enam perlawanan untuk memastikan kemenangan agregat 8-0 pada aksi timbal balik suku akhir Liga Negara-Negara CONCACAF di Cincinnati.
Pochettino dijadualkan berlepas ke England hanya beberapa jam selepas wisel penamat.
Pochettino, yang membimbing Amerika Syarikat mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia di laman sendiri musim panas ini, menurunkan barisan pemain utama dalam penampilan terakhirnya.









