MELAKA: Biarpun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, kerinduan mendalam terhadap rumah Allah mendorong seorang warga emas menggagahkan diri menunaikan solat Zuhur berjemaah sebelum menghembuskan nafas terakhir sejurus selesai memberi salam di Masjid Kampung Hulu, di sini, semalam.
Key takeaways
Warga emas 69 tahun, Ibrahim Abdul Karim, meninggal di Masjid Kampung Hulu semasa solat zuhur, selepas makan tengah hari dan berkunjung ke masjid. Keluarganya membantu beliau mengucap kalimah syahadah sebelum kematiannya.
- Ibrahim Abdul Karim meninggal pada pukul 1.25 tengah hari semasa solat zuhur di masjid.
- Dia baru keluar hospital sekitar jam 10 atau 11 pagi dan makan tengah hari bersama anak-anaknya.
- Keluarganya membantu beliau mengucap dua kalimah syahadah sebelum kematiannya.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
MELAKA – Gerak hati seorang warga emas menggagahkan diri ke masjid dalam keadaan uzur rupanya menjadi khusnul khatimah buatnya apabila dia meninggal dunia selepas memberi salam kedua solat zuhur dalam kejadian di Masjid Kampung Hulu di sini semalam.
Kejadian pukul 1.25 tengah hari itu menyebabkan Ibrahim Abdul Karim, 69, rebah sebelum disedari jemaah lain.
Lebih menyentuh hati, anak dan menantunya yang turut berada di masjid berkenaan sempat membantu Allahyarham mengucap dua kalimah syahadah.
Imam Masjid Kampung Hulu, Mohamad Syafiq Ramli berkata, Allahyarham jemaah yang sangat istiqamah dan hampir tidak pernah meninggalkan solat berjemaah sepanjang 10 tahun beliau bertugas di masjid berkenaan.