Batu Pahat: Identiti dua mangsa yang ditemukan rentung dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Jaya Diri, Rengit, dekat sini, malam tadi, sudah dikenal pasti.

Mangsa itu adalah Kamal Nur Hafizi Miskat, 22, dan Muhammed Erfan, 17, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, nahas paada 8.20 malam itu turut menyebabkan dua beranak yang menaiki Proton Wira cedera dan mereka menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Saga BLM dinaiki kedua mangsa rentung itu hilang kawalan selepas melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan.