BATU PAHAT: Remaja perempuan antara dua ditemui rentung selepas kereta dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Jaya Diri, Rengit dekat sini, malam tadi.

Nahas berlaku jam 7.50 malam menyebabkan dua mangsa masing-masing lelaki dan perempuan berusia 17 serta 22 tahun maut akibat terperangkap dalam kereta jenis Saga BLM yang dinaikinya.

Dua lagi mangsa yang juga pemandu dan penumpang Proton Wira masing-masing lelaki dan wanita berusia 37 dan 61 tahun pula cedera.