Batu Pahat: Remaja perempuan antara dua ditemui rentung selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Jaya Diri, Rengit dekat sini, malam tadi.
Nahas berlaku pada 7.50 malam menyebabkan kedua-dua mangsa, lelaki dan perempuan berusia 22 serta 17 tahun maut akibat terperangkap dalam kereta jenis Proton Saga BLM.
Dua lagi mangsa yang juga pemandu dan penumpang Proton Wira berusia 37 dan 61 tahun pula cedera.








