KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerima pengiktirafan Ikon Sukan Terbaik pada SEBA ASEAN Elite Edition 2025/2026 Awards, di sini malam ini.

Di majlis sama, 38 individu turut diiktiraf membabitkan pelbagai organisasi dan jenama atas pencapaian dalam bidang perniagaan, inovasi, perusahaan sosial, hospitaliti, media, budaya serta ekonomi kreatif.

Antara penerima lain ialah pemilik jenama kafe kopi tempatan, Datuk Calvin Chan yang dinobatkan sebagai Usahawan Terbaik, manakala Datuk Nelson Fernandez menerima anugerah Ikon Media Terbaik.

Penyanyi Ernie Zakri pula dinobatkan Usahawan Selebriti Terbaik, manakala BABA'S menerima anugerah Jenama Ikonik Terbaik.