BATU PAHAT – Dua remaja lelaki berusia 17 dan 22 tahun ditemukan rentung selepas kereta jenis Proton Saga BLM dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jaya Diri, Rengit, malam Selasa.Dalam kejadian itu,, dua lagi mangsa yang menaiki sebuah Proton Wira, masing-masing lelaki berusia 37 tahun dan wanita warga emas berusia 61 tahun, mengalami kecederaan.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 8.01 malam.Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Wira dan Proton Saga BLM."Dua mangsa yang menaiki Proton Wira didapati tersepit sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat."Proton Saga BLM tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya kerana turut terbakar 60 peratus."Bagaimanapun, berdasarkan keterangan saksi, terdapat dua mangsa yang tersepit dan rentung di dalam Proton Saga BLM," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula."Operasi turut dibantu sebuah ambulans yang berada di lokasi bagi memberikan rawatan kepada mangsa cedera."Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.49 malam. Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Dua remaja rentung dalam kereta terbakar, dua lagi cedera

Key takeaways
Dua remaja lelaki rentung dalam kemalangan kereta terbakar, dua lagi cedera dalam kejadian di Jalan Jaya Diri, Rengit.
- Dua remaja berusia 17 dan 22 tahun ditemukan rentung selepas kereta mereka terbakar.
- Dua mangsa lain, seorang lelaki 37 tahun dan wanita 61 tahun, mengalami kecederaan.
- Kereta Proton Saga BLM terbakar 60 peratus dan tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro 2 rentung, 3 cedera kereta terbalik dan terbakar
- Utusan Malaysia 2 rentung, 3 cedera kereta terbalik dan terbakar
- Berita Harian 2 rentung, 3 cedera kereta terbalik dan terbakar
- Sinar Harian Dua remaja rentung dalam kereta terbakar, dua lagi cedera (this story)








