Presiden Donald Trump dakwa teknologi kecerdasan super berpotensi memberikan impak lebih besar berbanding internet atau Revolusi Perindustrian. (Gambar EPA Images)MANILA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa menawarkan kerjasama dengan negara Asean dalam bidang 'kecerdasan super', sambil berkata teknologi itu berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan serta memajukan bidang sains dan perubatan.

Berucap pada Sidang Kemuncak Khas Asean-AS, Trump berkata Washington berminat untuk bekerjasama dengan negara yang berhasrat membangunkan keupayaan teknologi masing-masing.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan setiap negara yang diwakili di sini hari ini, yang mahu membina masa depan teknologi dan meraih pertumbuhan ekonomi besar yang dibawanya," katanya.