MANILA: Malaysia terus komited dalam memperkasa hubungan dua halanya dengan Kanada dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menerusi perluasan kerjasama perdagangan dan pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga, ekonomi digital dan teknologi.

Hasrat itu dibincangkan beliau ketika bertemu Perdana Menteri Kanada, Mark Carney di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di sini, hari ini.

"Perbincangan turut menyentuh usaha memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga, ekonomi digital dan teknologi," ujarnya menerusi hantaran X.