Kerajaan galak pengendali pusat data membina dan memperoleh penjanaan sendiri bagi mengurangkan beban dan tekanan kepada sistem grid nasional.KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengambil langkah kawal selia dan strategi berstruktur bagi menjamin kestabilan bekalan dan kos elektrik daripada pusat data tidak menjejaskan pengguna domestik serta industri sedia ada.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) memaklumkan antara pendekatan yang diambil termasuk pengenalan tarif Voltan Ultra Tinggi (UHV), peningkatan kadar Connected Load Charge (CLC) serta keperluan penggunaan sekurang-kurangnya 30% tenaga boleh baharu (TBB) oleh pusat data.
"Pengenalan tarif UHV pada 1 Julai 2025 bagi pusat data yang menerima bekalan pada tahap voltan tinggi melebihi 50 kilovolt (kV) hingga 230kV serta voltan amat tinggi melebihi 230kV bertujuan memastikan kos pelaburan infrastruktur dibuat secara saksama melalui pengguna pusat data sendiri tanpa membebankan pengguna domestik.





