SHAH ALAM – Pas akan terus berpegang kepada hala tuju politiknya ketika ini dan menolak pelawaan untuk menyertai kerajaan.Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, pendirian itu menerusi satu hantaran ringkas di media sosialnya hari ini."Pas akan terus istiqamah dengan jalannya sekarang. Terima kasih atas undangan dan jemputan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.Kenyataan Ahmad Fadhli itu dibuat sebagai maklum balas terhadap gesaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, yang meminta Pas menamatkan kerjasama dengan UMNO dan beralih arah menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Terdahulu, Khalid dalam satu sidang media dilaporkan menyambut baik cadangan bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rosli Yaakop, supaya parti itu menyokong Anwar dan Pakatan Harapan (PH).Untuk rekod, Khalid dan Rosli pernah menganggotai Jawatankuasa Pimpinan PAS Pusat sebelum masing-masing menyertai Amanah, namun Rosli dilaporkan kembali menyertai Pas pada Jun lalu.
Pas kekal pendirian, tolak pelawaan sertai kerajaan

Key takeaways
Pas akan terus berpegang pada hala tuju politiknya dan menolak pelawaan untuk menyertai kerajaan.
- Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan pendirian parti itu.
- Pas menolak gesaan untuk menamatkan kerjasama dengan UMNO dan menyokong kerajaan Anwar Ibrahim.
- Khalid Abdul Samad dan Rosli Yaakop pernah anggota PAS sebelum menyertai Amanah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Perbezaan pendirian parti tak jejas pentadbiran kerajaan perpaduan, kata Zahid
- Utusan Malaysia Anthony kekal pendirian letak jawatan, tetap sokong Anwar
- Utusan Malaysia Thailand kekal tolak autonomi tiga wilayah Selatan Thai
- Free Malaysia Today DAP pertahan pendirian, dakwa Umno uji batas perjanjian kerajaan perpaduan
- Sinar Harian Pas kekal pendirian, tolak pelawaan sertai kerajaan (this story)








