BERNAMA: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengisytiharkan Bencana Tahap 1 susulan banjir yang melanda Kampung Jalan Kebun di sini hari ini.

Pengisytiharan Bencana Tahap 1 merujuk kepada kejadian bencana yang boleh dikawal dan diuruskan oleh pihak berkuasa di peringkat daerah.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan bahawa pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid An-Naim di Jalan Kebun, dibuka hari ini bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir.

"PPS berkenaan mula beroperasi hari ini bagi menempatkan penduduk yang terjejas, selain memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.