Buenos Aires: Belum pun reda kesedihan dunia bola sepak susulan pemergian penyerang Tenerife, Jesus de Miguel di Sepanyol, arena sukan itu sekali lagi dikejutkan dengan tragedi apabila pemain muda Argentina, Abel Nunez meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah ketika beraksi dalam perlawanan.
Pemain FC Ezeiza itu disahkan meninggal dunia pada 15 November lalu, tiga hari selepas mengalami kecederaan serius di kepala akibat terkena bola hasil sepakan clearance pemain lawan ketika perlawanan menentang Deportivo Muniz.
Insiden berlaku pada 12 November lalu ketika aksi kejohanan remaja Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) di kompleks Club Atletico La Sonia, Jose C Paz, berhampiran Buenos Aires.








