PUTRAJAYA: Sebanyak 77 syarikat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Malaysia telah menjana jualan eksport berjumlah RM114.82 juta setakat 30 September tahun ini, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata, jualan eksport itu adalah satu pencapaian diraih menerusi program promosi eksport dan pembangunan perniagaan antarabangsa yang dipermudah oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sekali gus mencerminkan kemajuan di bawah Pelan Induk Industri OGSE Kebangsaan 2021-2030.
"Menerusi Pusat Kecemerlangan Kewangan OGSE, 27 syarikat telah memperoleh kelulusan pembiayaan berjumlah RM125 juta, manakala enam projek di bawah Program Pemangkin OGSE telah dikomersialkan, dengan menjana jualan sebanyak RM10.1 juta.








