Kuala Lumpur: Perang mulut antara ahli parlimen pembangkang dan kerajaan berlarutan sehingga sesi terakhir perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Pertikaian tercetus apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang menjadi pembahas ke-28 serta terakhir memaklumkan enggan berbahas, sebaliknya hanya mahu menyampaikan pantun 'nasihat'.

"Saya tidak mahu berbahas panjang, sebab ramai kawan-kawan sudah sebut. Saya cuma nak berpantun sahaja.

"(Ahli Parlimen) Hulu Langat jangan terburu-buru untuk membuat komen, sebab nanti jadi harimau luka. Harimau luka itu sebab kalah di Melaka.