SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kereta dan lori ketika cuba mengelak lubang pembetungan di Jalan Meru Tambahan, Kapar, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.37 pagi itu, mangsa, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, mangsa dalam perjalanan dari Puncak Alam menghala Meru cuba mengelak lubang pembetungan di tengah jalan.

"Bagaimanapun, motosikal ditunggang mangsa terlanggar sisi kiri belakang sebuah kereta dipandu wanita berusia 20-an sebelum bergesel sisi kanan lori dipandu lelaki berusia akhir 20-an.