Manila: Filipina hari ini secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) kepada Singapura, sekali gus menamatkan tempoh setahun menerajui blok serantau itu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Presiden Ferdinand R Marcos Jr mengetuai upacara penyerahan itu sempena penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina di Pasay City.
Marcos menyatakan keyakinan bahawa Singapura, selaku Pengerusi ASEAN pada 2027, akan menerajui blok itu dengan "matlamat yang jelas, keteguhan dan komitmen terhadap kerjasama serantau."
"Hari ini menandakan peralihan secara simbolik Kepengerusian ASEAN kepada Singapura bagi 2027. Kepada Perdana Menteri (Lawrence) Wong dan rakyat Singapura, kami menaruh keyakinan sepenuhnya. Kami menghulurkan persahabatan serta sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi.








