Sebelum ini bekas pemimpin DAP Ong Kian Ming meramalkan Zahid Hamidi akan menjadi perdana menteri jika gabungan BN-PN menang PRU16. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Tidak masuk akal jika PAS menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Umno sedangkan parti itu mempunyai kedudukan lebih besar di Parlimen, kata wartawan veteran A Kadir Jasin.

“PAS tidak maksum, tetapi kepemimpinannya dilihat lebih berintegriti berbanding Umno,” katanya di Facebook, sambil mengingatkan PAS berisiko dikaitkan dengan rekod buruk Umno jika terus berpakat dengan parti itu.

Pandangan Kadir menyusul keputusan PRN Melaka pada 14 Nov lalu yang menyaksikan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi 24 daripada 28 DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh empat kerusi, semuanya menerusi DAP.