Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda pertuduhan terhadap K Devaaswin yang memandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan sehingga menyebabkan kematian dua remaja pada 2021, daripada kesalahan membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.PETALING JAYA: Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi meminda pertuduhan membunuh ke atas seorang bekas eksekutif pemasaran yang memandu lawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan pada 2021.
Peguam N Sivananthan yang mewakili K Devaaswin berkata, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan awal bulan ini.
"Saya percaya pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan mengembalikan pertuduhan bunuh terhadap anak guam saya serta memerintahkan dia membela diri," katanya kepada FMT.








