BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya tempoh latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dipanjangkan sekurang-kurangnya 90 hari atau 180 hari bagi memantapkan daya tahan pelatih.
Beliau berkata, cadangan itu bagaimanapun bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan untuk membiayai pelaksanaan program berkenaan.
“Saya merasakan tempoh 45 hari itu walaupun mencukupi setakat ini, kalau ia mahu lebih mantap, haruslah difikirkan supaya dapat digandakan kepada 90 hari sekurang-kurangnya atau kemudian 180 hari kerana daya tahan dalam kalangan wira muda ini mesti diterapkan melalui kurikulum Insya-Allah 4.0 atau 5.0 nanti,” katanya.
Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 4/2026 PLKN 3.0 di sini hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fzahid1_778358.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
