ASTANA – Presiden Kassym-Jomart Tokayev menggesa rakyat Kazakhstan untuk mengelakkan penggunaan perkataan Arab yang berlebihan seperti ‘insya-Allah dan ‘alhamdulillah’ bagi menggantikan frasa tradisional Kazakhstan, lapor laman berita zamin.
Tokayev mengumumkan perkara ini semasa ucapan beliau pada sidang persatuan bahasa Kazakh yang berlangsung di Astana pada 10 November 2026.
Dalam ucapannya, Tokayev menyuarakan kebimbangan terhadap proses tertentu yang semakin mendapat perhatian dalam masyarakat berkaitan bahasa dan budaya.
Menurut beliau, sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian untuk menggantikan konsep keagamaan dan kerohanian asal Kazakhstan dengan alternatif bahasa Arab.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage7_135885.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
