Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Melaka.

Beliau berharap amanah itu digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

"Kini masanya untuk kita melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat, dan Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka demi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan seluruh rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab demokrasi.