KUALA BERANG – Seorang penternak ikan dalam sangkar di Kampung Tanggol di sini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menambat 10 sangkar ternakannya pada pokok besar di tebing Sungai Tanggol bagi mengelak dihanyutkan air deras Sungai Kuala Berang.

Mohd Azlan Harun, 38, berkata, langkah itu sebagai persediaan awal bagi mengelak kerugian besar sekiranya berlaku hujan lebat di kawasan hulu yang menyebabkan paras air sungai meningkat dan arus menjadi deras.

Beliau yang sudah 12 tahun mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar berkata, persediaan tersebut dilakukan sebaik bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) pada hujung bulan lepas, berikutan pengalaman berdepan banjir besar sebelum ini.

“Keseluruhan terdapat 60 sangkar ikan tilapia, baung, keli dan patin. Ada peringkat anak ikan, ikan berusia lima bulan dan yang sudah matang.