KUALA SELANGOR: Tak sampai dua minggu, Masjid At-Taufiqiah di Bandar Seri Coalfields yang mendapat jolokan 'masjid banjir' sekali lagi dinaiki air, malam ini.
Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa masjid, Hasan Md Rasol, 62, dengan pihak pengurusan masjid segera bergotong-royong selepas solat Isyak bagi menyelamatkan barangan seperti karpet, sejadah dan al-Quran.
"Setakat jam 9.40 malam, air sudah memenuhi hampir keseluruhan kawasan masjid.
"Bekalan elektrik turut ditutup sementara atas faktor keselamatan," katanya.








