KUALA SELANGOR – Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Puncak Alam dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pada Selasa.Menerusi perkongsian di media sosial, antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah Dataran Suria, sebahagian Jalan Persiaran Puncak Alam 6, kawasan berhampiran simpang tiga Jalan Bukit Cerakah serta beberapa lokasi lain di sekitar Puncak Alam.Selain itu, beberapa laluan di kawasan Alam Perdana termasuk kawasan Daunan turut dilaporkan mengalami banjir kilat.Terdahulu, pada 5 November lalu, beberapa kawasan sekitar Puncak Alam turut dilaporkan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan.Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, antara lokasi yang terjejas ketika itu ialah Taman Seri Alam, Hill Park dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.Selain itu, laluan dari arah Meru menuju ke Puncak Alam berhampiran Penjara Koreksional turut dilaporkan dilanda banjir lumpur sehingga menjejaskan pergerakan kenderaan.Keadaan banjir turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan dalam kampus UiTM Puncak Alam berdasarkan rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial.Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang makluman lanjut berhubung kejadian tersebut.
Puncak Alam sekali lagi dinaiki air, beberapa laluan terjejas

Key takeaways
Puncak Alam mengalami banjir kilat akibat hujan lebat, menyebabkan beberapa laluan terjejas.
- Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Puncak Alam pada Selasa.
- Kawasan seperti Dataran Suria dan Jalan Persiaran Puncak Alam terjejas.
- Banjir kilat juga berlaku di kawasan Alam Perdana dan kampus UiTM Puncak Alam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Beberapa kawasan sekitar Puncak Alam dilanda banjir
- Sinar Harian Puncak Alam sekali lagi dinaiki air, beberapa laluan terjejas (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPodcastExplainSikitd2e_987842.png&w=480&output=webp&q=85&we)

