PETINJU Ireland, Lee Reeves meninggal dunia selepas gagal pulih daripada kecederaan yang dialaminya ketika perlawanan tinju pada Ogos lepas, lapor PA Media/dpa.Reeves, 31, ditidurkan secara perubatan (induced coma) dan menjalani pembedahan kecemasan selepas ditumbangkan pada pusingan ke-10 dalam perlawanan tinju kategori junior welterweight menentang Gary Cully di Dublin pada 1 OgosPenganjur tinju Queensberry mengesahkan kematian Reeves menerusi kenyataan di platform media sosial X."Seluruh warga Queensberry berasa hancur luluh menerima berita pemergian Lee Reeves. Lee merupakan seorang petinju yang sangat berbakat, selain menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi kepada komunitinya."Kami merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan serta semua yang menyayanginya. Kami meminta agar privasi mereka dihormati dalam saat yang amat sukar ini. Bersemadilah dengan tenang, Lee," menurut kenyataan itu.Reeves memenangi 16 daripada 18 perlawanan sejak menjadi petinju profesional pada 2018, termasuk beberapa perlawanan yang berlangsung di Kanada dan Colombia.Cully turut memberikan penghormatan kepada Reeves menerusi hantaran di Instagram dengan menulis: "Kami pernah bertarung di gelanggang pada Ogos lalu, tetapi kami sudah saling mengenali sejak bertahun-tahun lamanya."...sukar untuk saya percaya bahawa saya sedang menulis ucapan ini, tetapi bersemadilah dengan tenang saudaraku. - Bernama
Petinju Ireland meninggal dunia selepas koma sejak Ogos

Key takeaways
Petinju Ireland, Lee Reeves, meninggal dunia selepas gagal pulih daripada kecederaan semasa perlawanan tinju pada Ogos lepas.
- Reeves meninggal selepas kecederaan semasa perlawanan tinju pada Ogos.
- Penganjur tinju Queensberry mengesahkan kematian Reeves dan mengucapkan takziah kepada keluarga.
- Reeves memenangi 16 daripada 18 perlawanan sejak menjadi petinju profesional pada 2018.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Warga emas meninggal dunia selepas bermain luncur angin
- Harian Metro Petinju Ireland meninggal dunia pada usia 31 tahun
- Berita Harian Petinju Ireland, Lee Reeves meninggal dunia
- Sinar Harian Petinju Ireland meninggal dunia selepas koma sejak Ogos (this story)









