DUBLIN: Petinju Ireland, Lee Reeves meninggal dunia pada usia 31 tahun, tiga bulan selepas mengalami kecederaan serius ketika bertarung dalam satu perlawanan, menurut kenyataan penganjur, Queensberry, hari ini.

Reeves dilaporkan menjalani pembedahan selepas tewas menerusi kekalahan KO kepada Gary Cully dalam pertarungan kategori junior welterweight di Dublin, Ogos lalu.

Menurut laporan media tempatan di kampung halamannya di Limerick, Reeves berada dalam keadaan koma akibat rawatan perubatan sejak perlawanan berkenaan.

Laporan itu turut menyebut dia mengalami jangkitan pada hujung minggu lalu sebelum meninggal dunia pada Isnin.