KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) berasaskan risiko yang akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan bakal melengkapi undang-undang mengikut sektor sedia ada, menurut Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong.

Beliau berkata, agensi peneraju Kementerian Digital iaitu AI Malaysia Bhd sedang membangunkan rangka kerja penguatkuasaan bagi cadangan undang-undang berkaitan AI itu.

"Keutamaan akan sentiasa diberi kepada aspek keselamatan dan bagi sistem autonomi berkeupayaan tinggi, ini bermakna pengujian, pemantauan dan pengawasan manusia perlu dilaksanakan sebelum penggunaannya diperluas," kata Wilson.

Beliau berkata demikian menerusi ucaptamanya pada majlis pembukaan Smart Nation Expo 2026 di sini, hari ini.