ALOR SETAR: Kekurangan bilik pembedahan dan ambulans di Hospital Kulim perlu diberi perhatian segera bagi memastikan pesakit tidak terus berdepan kelewatan mendapatkan rawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Khairul Anuar Ramli berkata, perkembangan pesat kawasan Kulim termasuk pertambahan penduduk, kawasan perumahan dan industri memberi tekanan kepada kapasiti hospital berkenaan.

Katanya, Hospital Kulim mempunyai tiga bilik pembedahan dengan kapasiti terhad untuk memenuhi keperluan pelbagai prosedur, menyebabkan ada pesakit terpaksa menunggu sehingga beberapa bulan untuk menjalani pembedahan tertentu.

"Bayangkan pesakit sedang menanggung kesakitan, tetapi terpaksa menunggu giliran panjang untuk mendapatkan rawatan.