London: Rahsia penyertaan bekas kapten England, Wayne Rooney dalam program realiti televisyen I'm A Celebrity... Get Me Out Of Here! akhirnya terbongkar apabila pihak produksi menggunakan nama kod 'Wonder' bagi merahsiakan kehadirannya daripada pengetahuan umum.
Nama kod itu dipilih sebagai penghormatan kepada gelaran awal Rooney, 'The Wonder Boy' yang mula popular ketika dia mencipta sensasi dalam dunia bola sepak pada awal 2000-an.
Menurut laporan The Sun, pihak produksi berusaha sedaya upaya merahsiakan penyertaan Rooney memandangkan bekas penyerang Manchester United itu dianggap nama terbesar dalam barisan peserta musim 2026.
Malah, penyertaannya dikatakan menjadi keutamaan pihak produksi yang mahu memastikan identiti bintang berkenaan tidak terbongkar sebelum pengumuman rasmi dibuat.










