Calon PH DUN Merlimau Rahayu Hamzah gesa mana-mana pengundi yang berdepan isu nama disalah guna agar buat laporan polis segera.JASIN: Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Merlimau Rahayu Hamzah mendakwa menerima aduan seorang pengundi yang tidak dapat mengundi kerana namanya sudah digunakan individu lain.
Rahayu berkata, laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian didakwa berlaku di pusat pengundian SK Merlimau 2 itu.
"Saya terima aduan pengundi di SK Merlimau 2 tidak dapat mengundi kerana ada orang lain telah gunakan namanya untuk mengundi.
"Laporan polis telah dibuat dan saya mohon pihak yang berwajib dapat menyiasat aduan ini dengan cepat," katanya kepada pemberita.








