Beunos Aires: Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez bakal kembali beraksi apabila disenaraikan dalam aksi persahabatan menentang Costa Rica, esok selepas pulih daripada kecederaan patah rahang.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni mengesahkan pemain berusia 34 tahun itu sudah bersedia untuk kembali beraksi selepas diketepikan susulan kecederaan berkenaan.

Martinez menjalani pembedahan selepas bertembung dengan pertahanan Everton, Jarrad Branthwaite ketika Chelsea mencatat kemenangan 2-0 bulan lalu.

Dia kembali menjalani latihan bersama Chelsea awal bulan ini sebelum dipanggil menyertai skuad Argentina, meskipun belum beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sejak perlawanan menentang Everton.