ADEN: Kumpulan pemberontak Houthi menawan beberapa kawasan di pesisir selatan Yemen selepas pasukan kerajaan yang disokong Arab Saudi berundur bagi mempertahankan Aden, ketika penduduk bimbang kumpulan yang disokong Iran itu akan terus mara ke arah bandar berkenaan.
Selepas melancarkan serangan balas pada Oktober lalu, kerajaan Yemen pada Ahad mengumumkan pengunduran pasukannya dari kawasan berhampiran Selat Bab al-Mandab, laluan penting perkapalan global, bagi memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan bandar pelabuhan Aden di selatan.
Lima anggota tentera Yemen berkata, pejuang Houthi mara ke kawasan pesisir selatan Khor Omairh, kira-kira 100 kilometer ke barat Aden dan berada hanya 26 kilometer dari kedudukan pasukan kerajaan di Qawah, yang juga terletak di kawasan pantai.










