Kluang: Seramai 16 penghuni rumah jagaan warga emas di Jalan Haji Manan, di sini terpaksa dipindahkan susulan banjir kilat, petang tadi.

Mereka yang dipindahkan terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita selepas kediaman dinaiki air sedalam hampir satu meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Saiful Fadly A Karim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.02 petang dan menggerakkan 12 anggota bersama jentera ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati berlaku banjir kilat dengan paras air kira-kira 0.6 meter di kawasan rumah jagaan warga emas akibat hujan lebat.