Kuala Lumpur: Meskipun menduduki tempat keempat pada saingan Eurovision Song Contest Asia 2026, terpahat kisah perjuangan dan impian penyanyi Aina Abdul sepanjang membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

Aina berkongsi bahawa misi utamanya menyertai pertandingan itu bersama 10 peserta dari negara lain di Asia adalah untuk memperlihatkan identiti penyanyi berhijab juga mampu melakukan pelbagai perkara tanpa batasan.

Menurutnya, pada masa sama, beliau berharap penyertaannya dapat memperkenalkan bakat penyanyi-penyanyi Malaysia kepada dunia, meskipun berasal dari sebuah negara kecil.

"Identiti ini tidak menghentikan saya daripada berani dan tidak menghentikan saya daripada stigma seorang hijabista.