Kota Bharu: Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) hari ini berlangsung dalam tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena pra-operasi perkhidmatan itu dari Kelantan ke Gombak, Selangor.
Mesyuarat dipengerusikan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan dihadiri semua EXCO kerajaan negeri.
Mohd Nassuruddin menyifatkan mesyuarat yang berlangsung dalam gerabak kereta api itu sebagai cukup bermakna dan menawarkan suatu pengalaman berbeza.
"Satu pengalaman berbeza yang memberi ruang kepada saya bersama barisan EXCO untuk meneruskan urusan pentadbiran negeri dalam suasana baharu, tanpa mengenepikan perkara-perkara penting berkaitan pembangunan negeri dan kepentingan rakyat.










