Mohamed Fadzli Hassan berkata kerajaan Kelantan menghargai khidmat Kamarudin Md Nor sepanjang menganggotai pentadbiran negeri.PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan mengesahkan pelantikan Kamarudin Md Nor sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) tidak disambung, berkuat kuasa 9 Nov lalu.

Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan berkata keputusan membabitkan ketua Bersatu Kelantan itu mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Susulan keputusan berkenaan, portfolio pelancongan dan kesenian yang sebelum ini disandang Kamarudin akan dipangku Hilmi Abdullah, manakala portfolio warisan dan kebudayaan dipangku Zamakhsyari Mohamad.

Menurut Mohamed Fadzli, perubahan itu berkuat kuasa serta-merta.