KLUANG: Seramai 16 penghuni sebuah rumah warga emas terpaksa dipindahkan susulan banjir kilat akibat hujan lebat di Jalan Haji Manan di sini, petang tadi.
Mereka dipindahkan terdiri 14 lelaki dan dua wanita selepas kediaman dinaiki air sedalam hampir semeter.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Saiful Fadly A Karim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.02 petang dan menggerakkan 12 anggota bersama jentera ke lokasi.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati banjir kilat dengan paras air ketinggian kira-kira 0.6 meter di kawasan rumah jagaan warga emas akibat hujan lebat.









