MELAKA: Penganggur dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini, hari ini atas atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat seorang wanita warga emas yang dikenali, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk DJP Suria Kumar membuat keputusan itu selepas tertuduh, D Peter, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Suria berkata, hukuman terbabit dikenakan selepas menimbang rayuan peguam, hujahan pemberat daripada pihak pendakwaan dan laporan sosial tertuduh serta memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 20 Januari 2023.
Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Misah Amin, 91, tanpa niat membunuhnya di sebuah rumah di Kampung Pulai Darat, Merlimau Jasin, jam 1.30 pagi, pada 20 Januari 2023.









