KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan bantuan segera disalurkan kepada waris anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van pasukan itu di Sungkai, Perak hari ini, serta anggota lain yang cedera dalam kejadian itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar telah mengarahkan Setiausaha Politiknya Kamil Munim untuk menyampaikan sumbangan waris Allahyarham Muhammad Shahrul Aliff Yaacob serta anggota polis yang terlibat.

Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan berkenaan, manakala anggota yang cedera segera sembuh.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Shahrul Aliff Yaacob, anggota polis yang terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah van polis di Sungkai, Perak hari ini.