KUANTAN: Prosiding inkues berhubung kematian seorang lelaki Orang Asli dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, dua tahun lalu bermula hari ini, dengan peguam mewakili keluarga mangsa mempersoalkan sama ada bantuan segera mampu menyelamatkan nyawanya.
Peguam Datuk Bob Arumugam, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga, memberitahu Mahkamah Koroner terdapat tempoh 24 minit antara kejadian Norazman Me dilihat cuba menggantung diri menggunakan pakaian lokap pada jam 1.46 pagi, 4 Mei 2024, dengan waktu anggota bertugas menyedari kejadian itu pada jam 2.10 pagi.
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian itu tidak disedari selama 24 minit, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada terdapat anggota yang memantau rakaman kamera keselamatan berkenaan ketika itu.










