Kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang positif dadah ditahan selepas dikesan memandu kereta disyaki klon di Kampung Bukit Lakota, Jeli, semalam.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata lelaki itu ditahan kira-kira 12 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang menjalankan rondaan cegah jenayah.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati nombor casis dan enjin kereta Honda Integra itu tidak mempunyai rekod pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain nombor pendaftaran disyaki palsu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpdrm1_302389.png&w=480&output=webp&q=85&we)