SINGAPURA: Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti mengakui skuad kendaliannya ketika ini masih belum cukup kompetitif di pentas antarabangsa, sekali gus berjanji memperbaiki prestasi pasukan menjelang aksi persahabatan menentang Singapura, esok.

Pengakuan itu hadir selepas Selecao mengalami kekalahan mengejut 2-3 kepada Jepun dalam aksi persahabatan di Singapura, Sabtu lalu, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengendali dari Itali berkenaan.

Lebih mengecewakan, Ancelotti dan kapten pasukan, Raphinha turut dilayangkan kad merah selepas Jepun meledak gol kemenangan dramatik pada masa kecederaan.

Ancelotti berkata, beliau mahu melihat perubahan segera dalam persembahan Brazil, selain bertekad membentuk pasukan yang mampu bersaing dengan lebih baik di pentas dunia.