KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin mengakhiri penurunan lima hari berturut-turutnya, disokong oleh aktiviti membeli saham mewah terpilih, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.44 mata atau 0.34 peratus kepada 1,588.03 daripada paras penutup 1,582.59 pada Jumaat minggu lalu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 6.69 mata kepada 1,575.90 dan bergerak antara paras 1,572.55 hingga 1,593.02 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun, suasana pasaran masih negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 673 berbanding 375, manakala 522 kaunter tidak berubah, 1,214 kaunter tidak diniagakan dan 16 kaunter digantung.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F06%2F2abd615dfdca5f237705c7dc34ba988e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)