SHAH ALAM – Tekanan emosi dalam kalangan anak muda tidak seharusnya dipandang ringan hanya kerana mereka masih di bangku sekolah.Sebaliknya, perkara tersebut perlu difahami menerusi kesediaan orang sekeliling untuk mendengar dan memberikan sokongan.Menyedari kepentingan tersebut, Yayasan Hasanah memperkenalkan siri mini vertikal iaitu drama bersiri pendek yang dirakam dan disunting secara menegak bertajuk "I’m Not Okay, Cikgu!" yang mengetengahkan lima kisah mengenai cabaran emosi dihadapi golongan muda.Siri tersebut yang ditayangkan buat pertama kali di GSC, The Starling Mall pada Sabtu itu memaparkan lima jalan cerita dengan latar sebuah sekolah fiksyen, Sekolah Integrasi Damai.Penerbitan berkenaan menampilkan barisan pelakon antaranya Mira Filzah, Waheeda Wassini, Mia Sara Shauki, Zul Zamir, Jun Vinh Teoh, Meer Nash dan Syafiqah A. Pohan, selain memperkenalkan bakat muda iaitu Nurul Irdina, Raisya El serta Irsyad Anakib.Pemegang Amanah merangkap Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Siti Kamariah Ahmad Subki berkata, usia muda bukan alasan untuk mengetepikan masalah yang sedang dihadapi seseorang.Menurut beliau, golongan muda perlu diberikan keyakinan untuk mengakui keadaan emosi sendiri dan mendapatkan bantuan tanpa berasa malu atau takut dipandang serong."Usia muda tidak bermakna masalah yang dihadapi itu kecil. Apa yang anda rasakan tetap penting dan anda tidak perlu berpura-pura bahawa semuanya baik-baik sahaja sepanjang masa."Kami berharap siri ini dapat membantu golongan muda mengenali apabila sesuatu keadaan tidak kena, sama ada dalam diri sendiri mahupun rakan-rakan mereka, serta memberikan keyakinan untuk tampil mendapatkan bantuan. Langkah pertama itu mungkin semudah mengungkapkan, ‘Saya tidak okay’," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Siri itu diterbitkan Folklore Studio selepas dipilih menerusi proses panggilan terbuka, dengan Nell Hanan bertindak sebagai penulis dan pengarah, manakala penerbitannya dikendalikan oleh Zul Zamir.Siri berkenaan turut disertakan lagu tema asal berjudul "Peluk Diri Kecil Kita" nyanyian Nabil Wahab dan boleh ditonton menerusi akaun Instagram rasmi Yayasan Hasanah.Kamariah berkata, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), prevalens kemurungan dalam kalangan remaja berusia 16 hingga 19 tahun ialah 7.9 peratus, tertinggi berbanding kumpulan umur lain.Tambah beliau, orang dewasa juga mempunyai peranan penting dengan menyediakan ruang selamat untuk golongan muda meluahkan perasaan tanpa pengalaman mereka diperkecilkan atau terus diberikan nasihat."Kesediaan untuk mendengar kadangkala sudah cukup memberikan perbezaan besar kepada seseorang yang sedang berdepan tekanan emosi."Perkembangan seseorang tidak seharusnya dinilai berdasarkan pencapaian akademik atau keputusan peperiksaan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kesejahteraan emosi dan perkembangan diri," katanya.
'I’m Not Okay, Cikgu!' tingkatkan kesedaran tekanan emosi anak muda

Key takeaways
Drama 'I’m Not Okay, Cikgu!' diperkenalkan untuk tingkatkan kesedaran tekanan emosi golongan muda.
- Yayasan Hasanah memperkenalkan siri drama pendek untuk bincangkan cabaran emosi anak muda.
- Drama ini menampilkan lima kisah di sebuah sekolah fiksyen dengan pelakon ternama dan bakat muda.
- Penerbit menekankan pentingnya memberi sokongan dan keyakinan kepada golongan muda untuk cari bantuan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD NABIL ALMA AZMAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'I’m Not Okay, Cikgu!' tingkatkan kesedaran tekanan emosi anak muda (this story)









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F06%2F2abd615dfdca5f237705c7dc34ba988e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)