SEBERANG PERAI – Sebanyak 27,000 botol pewarna rambut bernilai RM1.08 juta yang disyaki menyalahgunakan logo Halal Malaysia dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan di Kampung Selamat, di sini, petang tadi.
Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, pemeriksaan mendapati produk berkenaan menggunakan sijil halal milik syarikat lain bagi mengelirukan pengguna mengenai status pensijilan halal produk terbabit.
Katanya, siasatan mendapati sindiket berkenaan mempromosikan pewarna rambut yang dipercayai diimport dari China itu menerusi beberapa platform e-dagang dengan memaparkan sijil halal yang disyaki palsu.
“Mereka juga menggunakan khidmat affiliate (rakan pemasaran) yang berpengaruh untuk meyakinkan pengguna bahawa logo dan sijil halal itu adalah sah.










