JAKARTA – Seorang wanita di Bojonegoro, Jawa Timur mengambil keputusan untuk merobohkan rumah yang dibinanya hasil titik peluhnya bekerja di Hong Kong, lapor saluran berita Radar Kediri.
Dia menggunakan jengkaut untuk meratakan kediamannya itu selepas perkahwinannya dilaporkan dilanda konflik.
Hati wanita itu remuk setelah mengetahui bahawa suami tercinta telah berlaku curang ketika dia sedang bekerja di luar negeri.
Tindakan merobohkan kediaman berkenaan turut menarik perhatian penduduk setempat apabila orang ramai dilaporkan membanjiri lokasi kejadian bagi menyaksikan proses meruntuhkan bangunan yang sebelum ini berdiri teguh itu. – AGENSI








