Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh kerjasama antirasuah di peringkat ASEAN menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Prinsipal ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) Ke-22 yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar baru-baru ini.

Mesyuarat bertemakan Upholding Youth Integrity: Building a Corruption-Free Future itu menghimpunkan ketua dan wakil agensi antirasuah negara anggota ASEAN bagi memperkukuh kerjasama serantau, khususnya dalam usaha membudayakan integriti dalam kalangan generasi muda.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman turut menyampaikan ucapan dalam mesyuarat berkenaan selaku Pengerusi ASEAN-PAC bagi penggal kepengerusian Malaysia dari Oktober 2025 hingga Julai 2026, sebelum tanggungjawab kepengerusian diserahkan kepada Myanmar.