Madrid: Bintang Real Madrid, Vinicius Junior mengakui persiapan kurang rapi selepas Piala Dunia serta spekulasi mengenai masa depannya di Santiago Bernabeu mungkin menjadi punca prestasi tidak konsisten pada awal musim ini.

Pemain sayap Brazil itu berkata, dia tidak menjalani latihan secukupnya ketika cuti selepas kejohanan berkenaan, sekali gus menjejaskan persediaannya untuk mengharungi musim baharu bersama Los Blancos.

Vinicius berkata, penyingkiran awal Brazil pada Piala Dunia turut memberi kesan kepadanya sehingga memilih menggunakan tempoh cuti untuk berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

"Saya rasa persiapan selepas Piala Dunia tidak sebaik yang sepatutnya kerana impak kejohanan itu sangat besar kepada semua rakyat Brazil.